Monday, March 6, 2023

KENA SCAM MASA CARI KERJA

 Ada yang tengah cari kerja ke? Lepasan-lepasan SPM, graduate student dan yang mana masih lagi menganggur, korang sedang cari kerja ke?  Kalau korang sedang cari kerja, aku nak pesan hati-hati. Bukan apa, sekarang ni kecoh pasal scammer yang menjadikan pencari kerja ni sebagai mangsa untuk mereka kutip duit.

Masa dalam iklan, cakap kerja benda lain, tapi bila contact dengan pihak sana, dorang cakap buat task je. Dia macam bagi banyak-banyak task la. Dalam setiap task, untuk start kena bayar duit. Haaa dekat situ la mangsa kena scam. Bendanya takde apa pun. Last-last nanti korang kena tinggal, terkapai-kapai. Dorang dapat duit, korang? Hilang duit.

Benda yang sama kena dekat kawan kepada kawan aku. Tapi lain sikit modus operandi dia. Kawan dia ada tekan satu link yang diiklankan dekat Facebook. Lepas tu, dia kena isi borang yang memerlukan dia untuk letak nama dan juga nombor telefon. Untuk dapat verified, mangsa perlu share satu link ni ke beberapa group/orang. Selepas itu, dia akan keluar satu web pop-up. Pop-up tu keluarkan dua butang, dimana kalau korang tekan mana-mana butang pun, butang-butang itu akan membawa korang kepada satu website pornografi.

Jadi, yang mana mintak kerja tu hati-hati tau? Risau takut kena tipu. Kita ni tengah struggle dan usaha cari kerja untuk teruskan kelansungan hidup tapi scammer pulak ambil kesempatan. Selidik dulu ye sebelum apply?😘

Saturday, August 27, 2022

Duit Dalam Bank Hilang Tiba-tiba

 





Sejak kebelakangan ini, penuh di dada akhbar mengenai aduan masyarakat berkenaan dengan bank CIMB. Katanya, duit di dalam bank mereka hilang secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi apabila mereka mengatakan duit mereka hilang tanpa menerima TAC. Bunyinya pelik, tapi itulah yang terjadi secara realitinya. Perkara seperti ini boleh terjadi berkemungkinan daripada berlakunya serangan daripada "Remote Administration Tool" (RAT). Sebenarnya, RAT ini digunakan untuk perkara yang baik, tetapi ada sesetengah pihak yang menggunakannya untuk perkara yang tidak elok.


Apa itu "Remote Administration Tool"(RAT)?

RAT adalah sejenis virus yang digunakan oleh pakar IT untuk menyelenggara dan menyelesaikan masalah dalaman sesuatu sistem komputer secara jarak jauh tanpa perlu berada di hadapan sesuatu peranti. Mereka akan dapat mengawal keseluruhan peranti tersebut. Itulah yang dapat kita tafsirkan apabila virus tersebut digunakan untuk kebaikan dan pihak yang lain membenarkan virus tersebut berada di dalam peranti mereka. Apabila digunakan oleh orang berniat tidak baik, maka mereka akan menggunakan virus tersebut tanpa kebenaran pemilik peranti untuk memerhati, mencuri data dan sebagainya daripada mereka. 


Bagaimana virus tersebut boleh berada di dalam peranti?

a) Virus RAT boleh berada di dalam peranti berkemungkinan daripada mangsa yang secara tidak sengaja telah menekan satu link yang di dalamnya ada virus itu. Kebanyakan pemangsa akan menggunakan teknik "Social Engineering" untuk meyakinkan mangsa supaya mereka menekan link yang mereka berikan. Pemangsa mungkin menggunakan ayat yang senang membuatkan orang tertarik atau sesorang yang terkenal untuk meyakinkan mangsa yang mereka boleh dipercayai. Oleh sebab itu, ada yang terjerat sehingga mereka menekan link tersebut. Apabila mereka menekan link itu, akan keluar paparan yang mereka perlu isi maklumat peribadi atau ada kalanya tiada apa pun yang keluar. Ketika itulah virus itu memasuki peranti mangsa.


b) Mereka telah download sesuatu daripada Internet yang di dalamnya telah dimasukkan virus itu. Virus itu berada di dalam aplikasi atau file yang di download oleh mangsa. Mangsa mungkin tidak menyedari yang mereka telah download virus tersebut. Apabila sudah selesai dan mangsa cuba install ataupun buka barang yang mereka download, ketika itulah virus akan memasuki peranti mangsa.


c) Virus ini juga boleh ada didalam lampiran yang berada didalam emel. Emel tersebut dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. Pemangsa akan selitkan virus didalam lampiran atau attachment emel tersebut dan meletakkan ayat-ayat yang akan meyakinkan mangsa yang emel itu adalah sesuatu yang betul dan boleh dipercayai. Apabila mangsa download lampiran itu, maka virus juga akan masuk ke dalam peranti mangsa semasa proses muat turun.

 

Apa kaitan dengan duit yang hilang di dalam bank dengan virus RAT?

Apabila virus yang memasuki peranti mangsa itu telah berjaya berada didalam peranti mangsa, maka pemangsa akan dapat mengawal peranti dan memerhati setiap perkara yang dibuat oleh mangsa. Sebagai contoh, semasa membuka online banking di dalam telefon atau laptop, pemangsa akan dapat melihat username dan password yang telah ditulis oleh mangsa tanpa mereka sedar. Apabila mangsa mengetahui perkara tersebut, maka mereka boleh membuka online banking mangsa. Dengan cara itu, mereka boleh buat apa sahaja dengan duit mangsa. 


Kenapa mangsa tidak menerima TAC? 

Yang ini saya tidak pasti. Mungkin semasa pemangsa masuk ke dalam online banking, mereka ada lakukan sesuatu sehingga pihak bank tidak dapat mengesan perbuatan mereka. Jika ada yang tahu, boleh kongsikan di ruangan komen.


Cara untuk elakkan perkara seperti ini terjadi? 

Mangsa boleh cuba untuk selalu upgrade dan update antivirus didalam peranti mereka supaya sentiasa dikemaskini mengikut versi yang terbaru kerana setiap versi antivirus itu ada peningkatan kekuatan perlindungan daripada perkara-perkara seperti ini. 


Itu sahaja yang ingin saya kongsikan pada kali ini. Jika ada sebarang kesalahan atau permintaan tajuk untuk saya tulis di dalam blog saya ini, boleh ajukan di emel reusagi98@gmail.com . 

Sekian terima kasih. 


" FIND SOMEONE WHO CAN MAKE YOU FEEL BETTER, LEAVE SOMEONE WHO HURT YOUR MENTAL AND HEART. "


RUJUKAN 

https://www.caixabank.es/particular/seguridad/what-is-RAT-malware-rat-and-why-is-it-so-dangerous.html# 

Thursday, August 25, 2022

Cara Edit Nama Dalam Google Maps



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum WBT,           



 Beberapa hari yang lepas, kita semua digemparkan dengan satu berita yang amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan netizen, lebih-lebih lagi netizen di sebelah Sabah. Mereka mengatakan bahawa ada penggodam yang telah menggodam Google Maps dan penggodam telah menukar nama tempat yang terdapat di dalam Google Maps tersebut. 

    Rupa-rupanya, bukan penggodam yang melakukan perkara itu, tetapi ada sekumpulan netizen yang tidak bertanggungjawab telah menukar beberapa nama tempat di Sabah yang terdapat di dalam Google Maps. 

    Nama tempat di dalam Google Maps sebenarnya boleh diedit, tapi tidak ramai yang tahu perkara tersebut. Sebab itu, ada sesetengah netizen akan mengatakan yang peta di Google itu digodam oleh penggodam hanya dengan melihat nama tempat itu lain daripada yang asal. 

    Dibawah ini merupakan cara-cara untuk mengedit nama di dalam Google Maps:

            1) Buka Google Maps dan tekan simbol "Menu Bar" seperti yang ditunjukkan di bawah.


            2) Menu pilihan akan keluar. Cari "Edit the maps" dan tekan.

 

            3) Menu pilihan seperti gambar di bawah akan keluar.
            4) Pilih masalah yang sedang dihadapi seperti gambar dibawah.



            5) Sebagai contoh gambar dibawah ini untuk pilihan "Wrong pin location or address".
            6) Isikan butiran yang perlu diisi dengan sebaiknya dan pastikan ianya betul.
            

            7) Setelah selesai mengisi segala butiran, tekan "Submit" dan anda telah selesai mengedit.

    Senang bukan? Betul, untuk menukar nama di dalam Google Maps ini sememangnya perkara yang senang sahaja, tetapi perkara ini haruslah dilakukan beramai-ramai. Jika dilakukan secara individu, nama terssebut tidak akan berjaya ditukar. Jika ada yang membaca blog saya ini, jangan gunakan cara yang saya kongsikan untuk perkara yang tidak elok. Buruk padahnya, bukan sahaja kepada diri anda sendiri, malah kepada negeri atau negara tersebut. 

     Itu sahaja yang saya ingin kongsikan kepada anda pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Maaf jika terdapat kesalahan dari pelbagai segi di dalam blog saya kerana ini adalah pertama kali saya menulis blog. Jika ada sebarang komen, sila nyatakan di ruangan komen yang telah disediakan.  Semoga Allah SWT permudahkan urusan anda semua. Sekian, terima kasih.




"SMILE ALWAYS TO MAKE YOU HAPPY ALL DAY"

KENA SCAM MASA CARI KERJA

  Ada yang tengah cari kerja ke? Lepasan-lepasan SPM, graduate student dan yang mana masih lagi menganggur, korang s...