Ada yang tengah cari kerja ke? Lepasan-lepasan SPM, graduate student dan yang mana masih lagi menganggur, korang sedang cari kerja ke? Kalau korang sedang cari kerja, aku nak pesan hati-hati. Bukan apa, sekarang ni kecoh pasal scammer yang menjadikan pencari kerja ni sebagai mangsa untuk mereka kutip duit.
Masa dalam iklan, cakap kerja benda lain, tapi bila contact dengan pihak sana, dorang cakap buat task je. Dia macam bagi banyak-banyak task la. Dalam setiap task, untuk start kena bayar duit. Haaa dekat situ la mangsa kena scam. Bendanya takde apa pun. Last-last nanti korang kena tinggal, terkapai-kapai. Dorang dapat duit, korang? Hilang duit.
Benda yang sama kena dekat kawan kepada kawan aku. Tapi lain sikit modus operandi dia. Kawan dia ada tekan satu link yang diiklankan dekat Facebook. Lepas tu, dia kena isi borang yang memerlukan dia untuk letak nama dan juga nombor telefon. Untuk dapat verified, mangsa perlu share satu link ni ke beberapa group/orang. Selepas itu, dia akan keluar satu web pop-up. Pop-up tu keluarkan dua butang, dimana kalau korang tekan mana-mana butang pun, butang-butang itu akan membawa korang kepada satu website pornografi.
Jadi, yang mana mintak kerja tu hati-hati tau? Risau takut kena tipu. Kita ni tengah struggle dan usaha cari kerja untuk teruskan kelansungan hidup tapi scammer pulak ambil kesempatan. Selidik dulu ye sebelum apply?😘
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KENA SCAM MASA CARI KERJA
Ada yang tengah cari kerja ke? Lepasan-lepasan SPM, graduate student dan yang mana masih lagi menganggur, korang s...
-
Sejak kebelakangan ini, penuh di dada akhbar mengenai aduan masyarakat berkenaan dengan bank CIMB. Katanya, duit di dalam bank mereka hila...
-
Ada yang tengah cari kerja ke? Lepasan-lepasan SPM, graduate student dan yang mana masih lagi menganggur, korang s...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, Beberapa hari yang lepas, kita semua digemparkan dengan satu berita yang amat m...
No comments:
Post a Comment